Wednesday 1 April 2015


iCompEx'15
Peringkat Kebangsaan
National Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2015


iCompEx merupakan akronim kepada “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” sebagai satu jenama pertandingan untuk mempamerkan penghasilan projek pelajar dan produk penyelidikan yang berkualiti.
iCompEx mula digerakkan pada awal tahun 2013 dan pada tahun 2014 telah berjaya menarik sebanyak 650 penyertaan yang melibatkan penyertaan di peringkat dalaman, beberapa politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan/Swasta dan sekolah. iCompEx’15 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2015 ini merupakan kali ketiga penganjurannya. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini diharapkan menjadi platform terbaik mengenengahkan idea untuk dimajukan.

Maklumat Penyertaan & Kejayaan Kolej Komuniti

PEMENANG PINGAT EMAS

PEMENANG PINGAT PERAK

PEMENANG PINGAT GANGSA

GAMBAR PROGRAM








Wednesday 4 February 2015

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014

Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2014

Majlis yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2015 di Dewan Plenary, Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dua orang pelajar Kolej Komuniti yang mewakili Malaysia dalam Asean Skills Competition (ASC) 2014 di Hanoi iaitu Saudara Muhammad Hafidz Husaini Bin Hasri dan Mohd Narisyambri Bin Md Zin dari Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi telah menerima ganjaran kemenangan setelah membawa pulang pingat kecemerlangan dalam bidang Restaurant Services dan Cooking dalam pertandingan yang berprestij ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.













Sunday 25 January 2015

MyCCSkills 2014

MYCCSKILLS 2014 atau sebelum ini dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (PKKK) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat amnya dan warga Kolej Komuniti khususnya tentang kepentingan bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF PENGANJURAN

    1. Melahirkan pelajar  yang cerdas dan berdaya saing.
    2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Malaysia.
    3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial seiring dengan falsafah Pendidikan Negara.
    4. Membina  gaya hidup sihat, berdisiplin dan menaikkan keyakinan diri.
    5. Memupuk pembangunan kepimpinan, semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama peserta dan antara Kolej Komuniti itu sendiri.
          
 JADUAL PENGANJURAN MyCCSkills 2014




GAMBAR-GAMBAR PENGANJURAN MyCCSkills 2014












Monday 15 December 2014

Kolej Komuniti Di Majlis Kemuncak Nasional Pertandingan MyInovasi 2014


Kolej Komuniti Bagan Serai



Kolej Komuniti Bagan Serai Merangkul  :
Hadiah Geran Bantuan Paten RM 10,000.00 
Naib Johan Ke 3 RM 2,000.00

Kolej Komuniti Baling telah diumumkan sebagai penyertaan terbanyak bagi kategori Kolej Komuniti

Kolej Komuniti lain yang turut layak ke peringkat akhir dalam MyInovasi 2014 ialah Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej komuniti Tambunan dan Kolej Komuniti Selandar.

Produk Inovasi yang telah dihasilkan ialah :
1. EASY T.S - Kolej Komuniti Sabak Bernam
2. Self Standing Hose & Agility Electric Socket AES - Kolej Komuniti Bagan Serai
3.Paddy Cutter 2 in 1 - Kolej komuniti Tambunan
4. Rosa Bitamina - Kolej Komuniti Selandar

Tahniah

Bendera Kolej Komuniti Berkibar Megar Di Hanoi Vietnam