Sunday 25 January 2015

MyCCSkills 2014

MYCCSKILLS 2014 atau sebelum ini dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (PKKK) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat amnya dan warga Kolej Komuniti khususnya tentang kepentingan bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF PENGANJURAN

    1. Melahirkan pelajar  yang cerdas dan berdaya saing.
    2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Malaysia.
    3. Melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial seiring dengan falsafah Pendidikan Negara.
    4. Membina  gaya hidup sihat, berdisiplin dan menaikkan keyakinan diri.
    5. Memupuk pembangunan kepimpinan, semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama peserta dan antara Kolej Komuniti itu sendiri.
          
 JADUAL PENGANJURAN MyCCSkills 2014




GAMBAR-GAMBAR PENGANJURAN MyCCSkills 2014












No comments:

Post a Comment